Anak tergamak buat laporan polis terhadap ibu

Iklan
Kalsum menangis sebaik menerima berita anaknya membuat laporan polis terhadapnya gara-gara sebuah motosikal - Foto Kompas

LOMBOK - Seorang anak tergamak membuat laporan polis terhadap ibunya kerana berang apabila motosikal miliknya digunakan ahli keluarga lain.

Ibunya, Kalsum yang berusia 60 tahun itu menangis sebaik mendapat berita tersebut, lapor Kompas.

Iklan
Iklan

Ketua Siasatan Jenayah (Kasat Reskrim) Polis Lombok Tengah, Priyo Suhartono, bagaimanapun menolak laporan tersebut kerana dianggap tidak munasabah.

Jelasnya, konflik yang dihadapi dua beranak itu adalah konflik dalaman keluarga dan pihak terlibat perlu berbincang secara baik.

Iklan

"Konflik mula tercetus apabila si anak menjual tanah warisan ayahnya bernilai Rp 200 juta (RM60,217).

"Hasil daripada jualan tersebut, si anak hanya memberikan ibu Rp 15 juta (RM4,516).

Iklan

"Dengan wang tersebut, si ibu membelikan sebuah motosikal dan diletakkan di rumah saudara mereka. Motosikal tersebut kemudian digunakan secara bersama," katanya.

Sebaik mengetahui kewujudan motosikal tersebut, anak lelaki berusia 40 tahun itu tidak puas hati dengan tindakan ibunya, lalu mendakwa wanita itu menyembunyikan motosikal tersebut daripadanya.

Kalsum yang berasa sedih tidak menyangka anak yang dikandungnya sanggup membuat laporan polis kerana sebuah motosikal.

Katanya, hubungannya dengan anak lelaki itu memang renggang dan pernah diusir keluar daripada rumah.

Sebelum ini, tular di media sosial, rakaman video memaparkan Priyo Suhartono menjumpai lelaki tersebut sebaik menerima laporan polis.

Beliau bertegas dan melarang anggotanya menerima laporan berkenaan dan menasihatkan kepada lelaki itu agar tidak menjadi anak derhaka.

"Tolong pulang, kami dari balai polis tidak akan mengambil kes ini, saya minta maaf," katanya.