GEORGETOWN - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ketika memancing di laut berhampiran Jalan Green Hall di sini ditemukan lemas petang tadi.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Balai Bomba Lebuh Pantai, mangsa ditemukan oleh sepasukan bomba berhampiran tempatnya dilaporkan terjatuh pada jam 4.20 petang.
Iklan
Iklan
Menurutnya, mangsa dilaporkan terjatuh ketika sedang memancing di kawasan terbabit sebelum hilang dipukul ombak pada jam 11 pagi tadi.
"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat," katanya.
Bagaimanapun, identiti mangsa belum diketahui dan Sinar Harian sedang menunggu butiran lanjut dari pihak polis.