PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan Jamal Majini, 56, bagi membantu perbicaraan kes di mahkamah.
Jamal dikesan di alamat terakhirnya di No. 3152, Lorong B11, Taman Sibiew Indah, RPR Sibiew, Bintulu, Sarawak.
"Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Jamal diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Muhammad Izwannuddin Garpar di talian 018-2308617 / 03-88700472 atau e-mel ke alamat izwanuddin@sprm.gov.my," katanya.