Jangan jual Aubameyang

Iklan
Aubameyang - Foto thepremierleague.com

PENGENDALI Arsenal Mikel Arteta memberikan amaran kepada pemilik The Gunners, Stan Kroenke untuk tidak 'melepaskan' Pierre-Emerick Aubameyang dalam usaha membawa masuk pemain baharu bagi memperkuatkan pasukan.

Arteta berkata, Aubameyang sudah pun memberikan bayangan kepadanya untuk menandatangan kontrak baharu untuk terus beraksi di Emirates di sebalik berita yang mengaitkan perpindahannya ke pasaukan lain.

Iklan
Iklan

Justeru, Arteta berharap agar pihak lembaga pengarah dapat membuat keputusan bijak untuk mengekalkan khidmat pemain Gabon berusia 31 tahun itu di Emirates.

"Kita tidak mahu dilabel sebagai pasukan yang 'terpaksa' menjual pemain terbaik hanya untuk membwa masuk pemain baharu bagi memperkuatkan pasukan. Ini kerana dalam bola sepak, banyak perkara yang berubah dengan cepat.

Iklan

"Saya tahu, Aubameyang gembira berada di sini bersama keluarganya. Dia sebenarnya memerlukan perasaan itu. Selain itu, dia juga dilihat menikmati keseronokan berada di sini dan ia mempengaruhi corak permainannya.

"Sekali gus, ia memberikan saya petanda positif dia akan beraksi di Emirates," katanya.

Iklan

Sementara itu Arteta berkata, dia tahu rasanya apabila kehilangan pemain yang baik kerana pernah mengalaminya ketika beraksi bersama skuad The Gunners terutamanya apabila rakan sepasukan, Robin Van Persie memilih untuk menyertai Manchester United pada musim 2012 lalu.

"Selepas dia (Van Persie) menyertai United, dia telah menjadi seorang pemain yang berbeza. Sebelum ini, saya selalu gembira ketika beraksi bersama-samanya. Kini perkara itu berlaku lagi, dalam isu Aubameyang.

"Kita ada peluang baik untuk kekalkan dia (Aubameyang) dengan pasukan dan meletakkannya pada posisi yang betul agar dia mampu membantu kita melakar lebih banyak kejayaan," katanya.