Cubaan seludup diesel, minyak masak

Iklan
Sebahagian barangan rampas Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Langkawi dalam Op Benteng Covid di Pelantar Ikan Persisiran Pantai Kuala Perlis dalam Op Benteng Covid, semalam.

KUALA PERLIS - Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Langkawi menggagalkan cubaan menyeludup minyak masak dan diesel di sebuah pelantar ikan pesisir Pantai Kuala Perlis dalam Op Benteng Covid, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Deputi Superintendan Rohizan Mohamad Saaid berkata, ketika serbuan kira-kira jam 9.30 malam itu, sebanyak enam tong membabitkan 150 liter dipercayai diesel ditemui di bawah kanvas.

Iklan
Iklan

"Kita turut menemui 24 kilogram (kg) minyak masak pelbagai jenama. Bagaimanapun, tiada sebarang tuntutan ke atas barangan dianggarkan bernilai RM450 berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua barang rampasan diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961(Akta 122).

Iklan
Iklan