Dua beradik tiada di Golok

Iklan
Nur Fatihah (kanan) dan adiknya yang hilang selepas keluar dari rumah mereka tiga hari lalu.

KOTA BHARU - Dua beradik perempuan berusia 9 dan 12 tahun yang keluar dari rumah di Kampung Machang Limbat, Pasir Tumboh, di sini, sejak tiga hari lalu belum tiba di rumah bapanya di Golok, Thailand.

Siti Nur Insyirah, 9, dan kakaknya, Nur Fatihah Najwa Seman, 12, keluar rumah dengan berbekalkan duit tabung berjumlah RM35 pada jam 4 petang, Ahad lalu.

Iklan
Iklan

Ibu mereka, Nazimah Abdullah, 33, buntu apabila gagal menjejaki kedua-dua anaknya itu ditambah bimbang keselamatan mereka.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kes dua beradik cari bapa: Polis masih siasat]

Iklan

Dua anaknya itu dipercayai mahu mencari ayah mereka, Seman Omar, 37, di Golok, Thailand, namun dia dimaklumkan mereka tiada di sana.

"Saya dan suami sudah lama tidak tinggal bersama serta dalam proses untuk berpisah, jadi anak-anak mahu mencari ayah mereka.

Iklan

"Saya menghubungi suami jam 7 pagi ini dan dapat bercakap dengannya, namun dia memaklumkan dua anak kami tidak ada di Golok,” katanya kepada pemberita.