Mitsuhashi ninja pertama Jepun

Iklan
Mitsuhashi ninja pertama Jepun. - Foto The Japan Times

TOKYO - Seorang lelaki berjaya menjadi graduan ninja pertama di Jepun selepas menghabiskan dua tahun menuntut kemahiran seni mempertahankan diri.

Genichi Mitsuhashi, 45, menamatkan pengajian ninja di Universiti Mie yang merupakan kediaman ninja sejak dahulu lagi, lapor The Japan Times.

Iklan
Iklan

Selain meneliti dokumen sejarah berkaitan ninja, Mitsuhashi juga berlatih secara fizikal dan teknik tepat untuk bergelar ninja.

Bukan itu sahaja, beliau juga bekerja sebagai petani pada waktu pagi dan berlatih seni mempertahankan diri pada sebelah petang seperti yang dilakukan oleh ninja pada zaman dahulu.

Iklan

"Melalui gabungan itu, saya dapat mempelajari bagaimana menjadi seorang ninja sebenar," katanya.

Tidak sekadar mempelajari ilmu ninja, Mitsuhashi juga mendalami seni mempertahankan diri kuno Jepun dikenali Shorinji Kempo.

Iklan

Universiti Mie ini dibina pada tahun 2017 dan membuka kursus kepada orang ramai setahun kemudian.

Terletak di 350 km Barat Daya Tokyo, universiti ini dikelilingi gunung yang pernah menjadi tempat tinggal ninja.