GEORGE TOWN - Seorang ahli perniagaan wanita bergelar 'Datin' ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penipuan pelaburan Bitcoin membabitkan kerugian RM388,090 di Bukit Jambul, dekat sini Rabu lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mohd Rosni Mohd Lazim berkata, wanita berumur 39 tahun itu ditahan selepas pihak polis menerima laporan berhubung urusan pelaburan terbabit oleh seorang lelaki yang menjadi mangsa kegiatan itu.