Ahli perniagaan rugi RM2.8 juta ditipu Macau Scam

Iklan

AMPANG - Seorang ahli perniagaan kerugian RM2.8 juta selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Pos Laju, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superitendan Mohd Azam Ismail berkata, mangsa seorang lelaki berusia 50-an telah menerima panggilan yang mendakwa daripada Pos Laju Malaysia.

Iklan
Iklan

"Suspek memaklumkan terdapat satu bungkusan mengandungi kad pengenalan dan kad ATM mangsa," katanya melalui kenyataan media hari ini.

Katanya, panggilan itu kemudian disambungkan kepada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Sarjan Yap dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.

Iklan

"Mangsa diberitahu telah bersekongkol dengan seorang penjenayah dan 'polis' akan ke rumahnya untuk ditahan.

"Bagi mengelakkan daripada ditangkap, mangsa telah diminta oleh suspek untuk memindahkan kesemua wang daripada akaun simpanannya ke dalam akaun suspek secara pindahan online," katanya.

Iklan

Katanya, usaha mengesan suspek yang terlibat masih dijalankan.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dan mendedahkan maklumat peribadi dan akaun bank kepada mana-mana orang tidak dikenali," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.