PUTRAJAYA - Tiada ujian calitan Covid-19 dilakukan terhadap ahli Parlimen, kakitangan, petugas media yang terlibat pada sidang Dewan Rakyat bermula 13 Julai ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ujian calitan hanya akan dibuat sekiranya mereka mengalami gejala Covid-19.
Iklan
Iklan
"Sekiranya bergejala baru ujian calitan dilakukan terhadap individu berkenaan.
"Bagaimanapun saringan suhu perlu dilakukan dan pelitup muka perlu dipakai," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini hari ini.
Menurutnya, Parlimen akan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Terdahulu beliau ditanya mengenai adakah ujian calitan perlu dilakukan sebelum mereka yang terlibat pada sidang Dewan Rakyat dibenar memasuki Parlimen.
Dewan Rakyat dijadual bersidang selama 15 hari sehingga 27 Ogos depan dengan mengambil kira situasi semasa Covid-19 di negara ini.