ANKARA - Sekurang-kurangnya dua orang terkorban dan 73 cedera dalam insiden letupan di sebuah kilang bunga api di Sakarya, Turki hari ini.
Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca menerusi satu ciapan di Twitter berkata, letupan berlaku kira-kira jam 11 pagi (waktu tempatan).