NGO masih relevan di era Malaysia Baharu

Iklan

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Badan Bukan Kerajaan (NGO) masih relevan di era Malaysia Baharu ini.

Naib Ketua Wanita PKR, Juwairiya Zulkifli berkata, malah NGO ini boleh menjadi 'mata dan telinga' rakyat untuk disampaikan hasrat mereka kepada pemerintah selain sebagai pengimbang kepada kerajaan.

Iklan
Iklan

" Saya percaya ia masih relevan kerana mereka ini menjadi kumpulan pendesak serta sebagai kumpulan yang boleh menambah baik kerajaan baharu ," katanya dalam program Wacana Sinar Harian Kali Ke-87 berjudul peranan NGO dalam konteks Malaysia Baharu di Dewan Karangkraf, di sini hari ini.

Dalam pada itu Juwairiya turut menyarankan agar kumpulan NGO yang ada di Malaysia berubah agar lebih bersifat dinamik supaya terus kekal relevan.

Iklan

"Saya fikir NGO perlu bersifat dinamik, mereka perlu melihat situasi negara agar ada peranan NGO disitu," katanya.

Sementara itu ketika menyentuh situasi NGO dibawah era Malaysia Baharu kini, Juwairiya berkata, NGO di zaman ini lebih lebih terbuka dan tidak mengikut telunjuk mana-mana pihak.

Iklan

"Era Malaysia Baharu ini kita berikan ruang yang luas kepada keterbukaan.

"Memberi ruang kepada rakyat dan masyarakat beri pandangan dan bantu kerajaan dalam rangka dasar dan membangkitkan isu yang berakar umbi dalam masyarakat yang mungkin terlepas pandang oleh kerajaan," katanya.