Jangan salah pilih calon

Iklan
Hashim Mustapha

BEKAS pemain kebangsaan, Hashim Mustapha menggesa Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) supaya lebih profesional dan matang dalam memilih barisan kepimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada masa akan datang.

Menurut Hashim, wakil-wakil PBJ yang menjadi pencorak masa depan bola sepak Kelantan khasnya di peringkat akar umbi perlu mengambil pengajaran daripada situasi yang melanda badan induk bola sepak negeri itu ketika ini.

Iklan
Iklan

"Apa yang boleh saya katakan situasi ini bukanlah perkara yang sihat bagi perkembangan industri bola sepak Kelantan dalam jangka panjang.

"Apatah lagi dengan situasi semasa KAFA yang sedang bergelut dengan bebanan hutang.

Iklan

"Sebenarnya, ramai yang mampu melaksanakan tugas memajukan serta mengembalikan maruah bola sepak Kelantan, namun wakil-wakil PBJ kenalah bijaksana apabila memilih. Paling utama, letakkan kepentingan KAFA sebagai keutamaan.

"Pilihlah calon yang tidak hanya mempunyai kredibiliti tetapi berpengetahuan dan berpengalaman. Paling penting, memiliki iltizam mahu memajukan bola sepak Kelantan.

Iklan

"Janganlah pilih calon hanya disebabkan kawan baik yang kemudiannya selepas diberikan amanah serta tanggungjawab tidak tahu bekerja untuk membantu KAFA,” katanya kepada Sinar Harian.

Wan Abdul Rahim (duduk, tengah) dan Afandi (duduk, kiri) ‘direhatkan’ sementara waktu daripada menguruskan KAFA.

Hashim juga mengakui terkilan dengan situasi terkini KAFA apabila Presidennya Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan timbalannya, Datuk Seri Afandi Hamzah ‘direhatkan’ sementara waktu daripada menguruskan KAFA yang kini tenat dengan pelbagai isu terutamanya hutang dan kewangan.

Kelmarin, KAFA terus dirundung malang apabila giliran Naib Presiden, Datuk Mohd Rowi Dollah pula melepaskan jawatan bagi menamatkan khidmatnya daripada kepimpinan KAFA sesi 2019 hingga 2023.

ARTIKEL BERKAITAN: Wan Abdul Rahim, Afandi ‘berehat’ dari Kafa

Mengulas lanjut, Hashim berkata, sepatutnya pihak berkenaan melakukan kajian terperinci mengenai masalah yang membelenggu KAFA sebelum menawarkan diri dalam barisan kepimpinan KAFA.

"Secara jujur saya amat kecewa apabila berlakunya perkara seperti ini.

"Tambahan pula barisan kepimpinan KAFA yang lain sedang bertungkus lumus untuk menyelesaikan hutang lapuk yang membebani persatuan.

"Ya, memang setiap barisan kepimpinan KAFA berhak meletakkan jawatan, namun pada saya dalam situasi kritikal KAFA sekarang seharusnya mereka kekal bersama dalam satu kumpulan bagi menggandakan usaha dan idea mencari jalan penyelesaian.

"Harapan saya dan penyokong The Red Warriors kepada barisan kepimpinan KAFA yang masih komited menunaikan amanah yang diberikan sebelum ini, teruskan perjuangan anda,” jelasnya.