Bank Rakyat bantu rakyat terjejas

Iklan

BANK Rakyat menawarkan pelbagai kemudahan kewangan kepada pelanggan sebagai inisiatif membantu mereka yang terjejas akibat penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menyedari keperluan pelanggan yang terjejas dan berharap tawaran tersebut boleh membantu mereka menampung keperluan kehidupan khususnya yang memerlukan aliran tunai segera.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, tawaran istimewa tersebut meliputi produk pembiayaan peribadi sehinggalah produk bagi program usahawan.

"Kita sedang giat mempromosikan kempen BizCare untuk usahawan dengan peruntukan kemudahan pembiayaan bernilai RM250 juta manakala BizLady pula, peruntukan bernilai RM50 juta menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM300 juta.

Iklan

"Sebanyak RM5.4 juta diperuntukkan kepada 26 pemohon sejak April sehingga Jun tahun ini untuk wilayah utara. Kempen yang bermatlamat membantu melonjakkan semula pertumbuhan ekonomi negara ini ditawarkan sehingga 31 Disember ini,” katanya.

Bank Rakyat berkata, menerusi kedua-dua kempen tersebut, usahawan bagi perusahaan mikro yang menepati kriteria ditetapkan berpeluang memperoleh pembiayaan minimum sebanyak RM1,000 sehingga RM50,000 bagi tempoh sehingga 5.75 tahun atau 69 bulan.

Iklan

"Bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan koperasi, pelanggan berpeluang mendapatkan pembiayaan minimum berjumlah RM20,000 sehingga RM300,000 bagi tempoh sehingga 5.75 tahun atau 69 bulan.

Selain itu, Bank Rakyat turut menawarkan produk Pembiayaan Peribadi-i dengan kadar pembiayaan serendah 2.51 peratus setahun.

"Pembiayaan ini bagi pelanggan yang memerlukan aliran tunai segera,” kata kenyataan itu.

Menerusi kempen Stay Safe, Save More! di bawah produk Pembiayaan Kenderaan-i, ia bagi pelanggan yang berhasrat untuk membeli kereta baharu dan tawaran tersebut telah berlangsung dari 17 Jun sehingga 30 September ini.

Menurutnya, Bank Rakyat turut memperkenalkan Kempen 7 Bulan dan 11 Bulan menerusi Akaun Deposit-i Berjangka (Individu).

"Kempen ini bagi menghargai kesetiaan pelanggan yang mana, ia juga untuk membantu pelanggan merancang kewangan dengan bijak serta meningkatkan potensi keuntungan dalam menghadapi kehidupan norma baharu.

"Pelanggan hanya perlu mendeposit minimum sebanyak RM10,000 dalam Akaun Deposit-i Berjangka dan boleh membuat pilihan untuk meletakkan deposit bagi tempoh 11 bulan dengan kadar keuntungan sebanyak 3.0 peratus setahun atau 2.8 peratus setahun until tempoh tujuh bulan,” kata kenyataan itu lagi.

Pelanggan di Pulau Pinang yang berminat boleh menghubungi cawangan Bank Rakyat di Georgetown, Bukit Mertajam, Jawi, Jelutong, Seberang Jaya, Kepala Batas dan Bayan Baru.

Selain itu, mereka juga boleh menghubungi talian tele-Rakyat di 1300-80-5454 atau kunjungi laman web korporat di www.bankrakyat.com.my atau laman media sosial @mybankrakyat (Facebook, Instagram dan Twitter).