Jata Negara: Pemuda UMNO persoal jati diri ADUN DAP

Iklan
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki membidas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP yang menyelar tindakan Pemuda UMNO mempertahankan isu penghinaan terhadap Jata Negara.

Beliau turut mempersoalkan jati diri dan semangat patriotisme pemimpin DAP itu yang bertindak pertahankan kulit buku 'Rebirth' kononnya atas nama seni dan prinsip kebebasan bersuara.

Iklan
Iklan

"ADUN DAP menyelar kami kononnya jangan terlalu sensitif sangat dengan isu penghinaan Jata Negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Penerbit buku didakwa hina Jata Negara mohon maaf

Iklan

Kerajaan haramkan buku hina Jata Negara

"Kami ingin secara tegas lontarkan persoalan berikut kepada pimpinan DAP, apakah atas dasar kebebasan bersuara maka terhalallah segala bentuk penghinaan dan kebiadaban terhadap lambang kedaulatan negara," katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Soal beliau lagi, apakah pimpinan DAP sudah hilang jati diri dan nilai cintakan negara sehingga tergamak mempertahankan perilaku curang terhadap Jata Negara yang merupakan maruah negara.

"Kenapa pimpinan DAP ini bagaikan sudah terhakis patriotisme dalam sanubari sehingga bertegas hendak sentuh lambang kedaulatan negara kita?

"Kalau beginilah sikap DAP maka memang wajar sekali kerajaan Pakatan Harapan (PH) runtuh setelah hanya 22 bulan memerintah dan harus dikuburkan terus daripada persada politik negara oleh rakyat," katanya.

Terdahulu sebuah portal melaporkan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata, Chiong Yoke Kong yang membidas pendirian sayap UMNO itu dengan menyifatkan tidak perlu terlalu sensitif dengan isu penghinaan Jata Negara kerana ia bertentangan dengan seni dan prinsip kebebasan bersuara.

Pergerakan Pemuda UMNO itu juga diminta untuk berhenti menimbulkan rasa takut kerana ia boleh menghalang masyarakat daripada meluahkan pemikiran mereka melalui seni.