PRK Semenyih: PH bermesyuarat Khamis ini

Iklan
Mohd Yahya Mat Sahri

SHAH ALAM - Persaingan bagi menentukan calon yang bakal mewakili PH pada PRK Dun Semenyih dilihat masih terbuka dan perkembangan berkaitan soal itu dijangkan dapat diketahui seawal-awalnya pada Khamis ini.

Ketua PKR Cabang Tanjung Karang, Mohd Yahya Mat Sahri berkata, setakat ini perkembangan pemilihan calon PH masih belum dibincangkan oleh pimpinan PH Selangor.

Iklan
Iklan

"Belum umum lagi. Kalau ikut daripada apa yang dikatakan oleh Menteri Besar, Amirudin Shari, hari Khamis ini akan diadakan mesyuarat berkaitan perkara itu.

"Tetapi itu pun belum tentu akan diumumkan calonnya, yang pasti setakat ini belum ada perkembangan lagi berkaitan siapa calon PH untuk PRK Dun Semenyih," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan

Yahya yang sebelum ini bertanggungjawab sebagai Pengarah PRK PH Dun Seri Setia berkata, calon Bersatu mungkin akan terus diberi peluang mengisi kerusi itu berdasarkan agihan kerusi pada PRU14 lalu.

Namun, daripada nada jawapan Yahya, dia tidak menolak kemungkinan calon parti komponen lain termasuk PKR dipilih mewakili PH dalam usaha mengekalkan kerusi Dun Semenyih.

Iklan

"Kalau diikutkan dia akan ikut PRU14 punyalah (agihan kerusi)...setakat ini mungkin Bersatu tapi di peringkat PKR pun kita rasa ada keperluan...tapi tak tahulah kita tengok keputusan akhir nanti macam mana.

"Sekarang ini PH memberi tumpuan dan fokus sepenuhnya kepada PRK Cameron Highlands, kita selesaikan satu persatu," katanya.

Terdahulu, Amirudin memberitahu semua parti komponen PH berhak menghantar senarai calon masing-masing, bagaimanapun keutamaan diberikan kepada Bersatu.

"Kita akan bermesyuarat untuk tentukan (calon) dan buat masa ini semua parti boleh mencadangkan senarai nama calon yang berminat, namun keputusan akhir ia tertakluk kepada Majlis Presiden. Pastinya calon Bersatu di kawasan itu perlu bersedia.

"Dalam minggu depan kita akan putuskan dari mana dan siapa yang akan bertanding dalam PRK Dun Semenyih,” katanya.