Rondaan pencarian mangsa bot karam

Iklan
Pengarah Maritim Negeri Kelantan (APMM) Kepten Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob (kiri) bersama Ketua polis marin diraja Thailand (Tak Bai) Police Major Thampapol Chauncham membuat rondaan di persempadanan bersama Polis Marin Malaysia di perairan sungai Golok sempadan Malaysia-Thailand bagi mengesan dua lagi mangsa hilang dalam tragedi bot terbalik dan karam di perairan Bachok yang memasuki hari keenam hari ini. - Foto Bernama


Operasi pencarian mangsa bot karam disambung semula pada 7 pagi tadi dengan melibatkan 81 pegawai dan anggota membabitkan pelbagai agensi dengan menggunakan kaedah pencarian berpandukan sistem SAROPS (sistem pencarian dan penyelamat optimal) bagi mencari dua lagi mangsa hilang iaitu Arman Ismail, 43, dan Che Wadi Bakar, 40-an. - Foto Bernama