Pemuda Amanah dapat ketua baharu

Iklan
Shazni Munir (tengah) dipilih sebagai Ketua Pemuda Amanah yang baharu.

SHAH ALAM - Shazni Munir Mohd Ithnin hari ini dipilih sebagai Ketua Pemuda Parti Amanah Nasional (Amanah) yang baharu bagi menggantikan bekas Ketua Pemuda Amanah, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim.

Pemilihan dibuat dalam mesyuarat khas pemilihan Ketua Pemuda Amanah melibatkan seramai 34 exco Pemuda Amanah termasuk Ketua-ketua Pemuda Amanah negeri seluruh negara di Wisma Amanah Negara.

Iklan
Iklan

Turut dipertandingkan ialah jawatan Timbalan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda kerana dua jawatan tersebut perlu dikosongkan bagi membolehkan calon terbabit bertanding dalam pemilihan berkenaan.

Muhammad Taqiuddin Cheman telah dipilih bagi mengisi jawatan Timbalan Ketua Pemuda Amanah manakala Mohd Hisyamudin Ghazali pula dipilih sebagai Naib Ketua Pemuda parti berkenaan.

Iklan

Berikutan itu, Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah, Khairuddin Daud berkata, Pemuda Amanah bertekad untuk mengembalikan mandat rakyat yang dirampas oleh kerajaan kleptokrat Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, di samping itu juga Pemuda Amanah akan terus mendokong kepimpinan parti Amanah yang diterajui Presiden parti itu, Mohammad Sabu.

Iklan

"Pemilihan ini diadakan ekoran bekas Ketua Pemuda Amanah Nasional yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim bertindak keluar daripada Pakatan Harapan.

"Hasnul isytihar menjadi ADUN bebas untuk menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional Perak, berikutan itu beliau secara tidak langsung turut dilucutkan keahliannya," katanya.