Lapan lelaki ditahan, 252 bungkus air ketum dirampas
Iklan
252 bungkus air ketum yang dirampas daripada lapan suspek yang ditahan di Kepala Batas dan Bagan Ajam, Butterworth malam semalam.
KEPALA BATAS - Lapan lelaki ditahan bersama sejumlah dadah dalam empat serbuan berasingan di Kepala Batas dan Bagan Ajam, Butterworth malam semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kesemua lelaki berusia lingkungan 21 hingga 51 tahun itu ditahan dalam Ops Tapis dan Pencegahan Jenayah yang dijalankan bermula jam 7 hingga 10 malam.
Iklan
Iklan
Menurutnya, tiga serbuan dibuat di sekitar Bagan Ajam dengan penahanan enam lelaki bersama 102 bungkusan disyaki air ketum.
"Jumlah isipadu air ketum tersebut adalah 25,500 mililiter. Selain itu, kita juga merampas 21.8 gram ganja, 2.5 gram syabu dan 2,400 ml ubat batuk yang diisi dalam 20 botol. Polis juga merampas beberapa peralatan memproses air ketum.
Iklan
252 bungkus air ketum yang dirampas daripada lapan suspek yang ditahan di Kepala Batas dan Bagan Ajam, Butterworth malam semalam.
"Sementara itu, dalam serbuan berasingan di Kampung Permatang Kuang pula, kita merampas 150 bungkus dengan isipadu 37,500 ml dipercayai air ketum, 48 kilogram daun ketum dan peralatan memproses air ketum," katanya ketika dihubungi tadi.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, air ketum tersebut untuk dijual di kawasan pondok nelayan di kawasan Pantai Bersih, Bagan Ajam dan Penaga.
Iklan
"Nilai keseluruhan kesemua barangan yang dirampas dianggarkan bernilai RM3,700. Ujian saringan air kencing kesemua suspek adalah negatif. Kesemua suspek ditahan reman empat hari sehingga 7 Julai ini untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952, Seksyen 39A (1) dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam