Warga emas meninggal dunia ketika mendaki Bukit Besi

Iklan
Anggota bomba membawa turun mayat mangsa di Bukit Besi, hari ini.

KUALA LUMPUR - Seorang warga emas meninggal dunia ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Besi, Alam Damai, di sini, hari ini.

Iklan
Iklan

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Abdul Razak Deraman berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 8.02 pagi.

"Seramai tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras menaiki satu jentera dan kenderaan pacuan empat roda bergegas ke lokasi kejadian," katanya melalui satu kenyataan media.

Iklan

Abdul Razak berkata, pihaknya mendapati pasukan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia sudah berada di lokasi kejadian.

"Mereka mengesahkan lelaki berusia 61 tahun itu meninggal dunia ketika melakukan aktiviti mendaki bukit bersama rakannya.

Iklan

"Kita telah membantu membawa turun mayat mangsa, kemudian diserahkan kepada anggota polis untuk tindakan lanjut. Bagaimanapun punca kematian masih dalam siasatan," katanya.