Mayat wanita ditemukan terapung dalam lombong

Iklan
Mayat wanita ditemukan terapung di lombong berhampiran Water Front City, Jalan Lahat, Bukit Merah semalam selepas 24 jam dilaporkan hilang. Foto:JBPM Perak.

IPOH - Mayat seorang wanita ditemukan terapung di lombong berhampiran Water Front City, Jalan Lahat, Bukit Merah di sini semalam selepas 24 jam dilaporkan hilang.

Mangsa Teh Yin Fun, 40, keluar dari rumah selepas berlaku perselisihan faham dengan suaminya yang dikatakan mahu membeli sebuah lori.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan awal mendapati mangsa keluar rumah dengan memandu kereta pada jam 8 malam kelmarin.

"Suaminya telah keluar mencari sekitar Menglembu tetapi tidak jumpa hinggalah kereta dipandu mangsa ditemui di tepi Jalan Lahat dalam keadaan tidak berkunci semalam.

Iklan

"Pencarian dilakukan di lokasi berkenaan dengan bantuan bomba. Mayat mangsa ditemukan di lombong berkenaan dalam keadaan tertiarap," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mayat wanita berkenaan dibawa keluar pasukan bomba sebelum dihantar ke hospital untuk bedah siasat. Foto: JBPM Perak.

Iklan

Menurutnya, operasi yang dijalankan berjaya mengeluarkan mayat dari lombong tersebut dan pengecaman disahkan oleh suami mangsa.

"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

"Hasil bedah siasat mendapati kematian berpunca daripada mati lemas. Pemeriksaan badan tidak menemui kesan berunsurkan jenayah," katanya.

A Asmadi berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 9.57 malam.

"Pasukan bertindak menggunakan tali untuk turun ke tempat kejadian. Mangsa dibawa naik menggunakan teknik hauling dan winching.

"Mangsa diikat pada pengusung dan diserahkan kepada pihak polis selepas disahkan maut oleh pihak kesihatan," katanya yang tamat operasi pada jam 11.33 malam.