Kertas Putih Pertahanan buat Mindef lebih telus

Iklan
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu (tengah) ketika sidang media sempena menghadiri Dialog Perwira bertemakan ‘Navigating the Risks of Thucydides Trap: U.S-China Relations and Southeast Asian Responses' hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kertas Putih Pertahanan yang akan dibentangkan di Parlimen Julai ini adalah dokumen yang bukan lagi diklasifikasikan sebagai ‘sulit’ yang boleh ditatap oleh semua rakyat Malaysia, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

"Kami menyasasarkan untuk membentangnya di Parlimen Julai ini, dan boleh diperoleh orang ramai pada bulan September,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata pendedahan itu akan memberikan maklumat yang berkaitan orang ramai, menjadikan kementerian lebih bertanggunjawab dalam setiap tindak-tanduknya.

"Begitu juga pelaksanaan siri perbincangan oleh kementerian berhubung kertas putih itu, yang akan menjadikan orang ramai sebagai konsep dan idea utama yang penting dalam memahami kertas putih berkenaan.

Iklan

"Kertas putih itu berhasrat untuk memberikan kajian jujur terhadap cabaran keselamatan dan geopolitik yang kita hadapi, jurang keupayaan kita, di samping menggariskan aspirasi dan hala tuju pertahanan dan keselamatan,” katanya.

Mohamad berkata ia juga bertujuan membimbing negara ke arah paradigma baru yang komprehensif dalam pertahanan dan keselamatan.

Iklan

Turut hadir sidang media berkenaan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Halimi Abd Manaf dan Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Affendi Buang.- Bernama