Kedah mahu pelabur negara Islam bangunkan projek ikonik
Iklan
Muhammad Sanusi (kiri) ketika bertemu Abdul Hadi di Seri Mentaloon, Alor Setar hari ini.
ALOR SETAR - Kerajaan Kedah mempelawa pelabur daripada negara Islam untuk membangunkan projek ikonik seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Kedah Rubber City dan Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) di Bukit Kayu Hitam.
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, untuk memastikan projek terbabit tidak membebankan dan memberi manfaat maksimum kepada rakyat, pihaknya disarankan untuk mengutamakan pelaburan daripada negara Islam.
Iklan
Iklan
Menurutnya, ini bagi mengelak berlaku perjanjian tidak menguntungkan kerajaan negeri susulan kebanyakan projek mega dikuasai pelabur dari China.
"Sebolehnya kita mahu teroka pelabur daripada negara Islam seperti Turki yang membolehkan berlaku pemindahan teknologi dan kerjasama dua hala yang lebih baik,” katanya pada sidang media selepas perjumpaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen Pas Kedah bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Seri Mentaloon hari ini.
Iklan
Muhammad Sanusi berkata, keputusan itu adalah antara nasihat diberikan Majlis Penasihat Kerajaan Pas yang dipengerusikan Abdul Hadi ketika mesyuarat pertamanya di negeri ini sempena lawatan kerja dua hari bermula semalam.
Muhammad Sanusi berkata, kelebihan Abdul Hadi sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Barat yang bertaraf menteri akan dimanfaatkan untuk menarik pelabur ke Kedah.
Iklan
"Kita tak mahu dasar pelaburan yang merugikan kita, seperti tidak berlaku perpindahan teknologi atau pelabur mengutamakan jentera dan tenaga kerja dari luar yang menyebabkan kita tak dapat belajar apa-apa,” katanya.
Menurutnya, mana-mana projek ikonik yang belum terikat pada perjanjian dengan mana-mana pelabur akan diberi keutamaan.
"KXP, SBEZ dan Kedah Rubber City belum dimeterai perjanjian dan bukan keseluruhan projek itu dikuasai satu-satu pelabur. Contohnya untuk SBEZ, ada pelabur yang hanya menanam modal di satu atau dua kilang, manakala KXP kita perlukan pelabur secara inisiatif pendanaan swasta (PFI),” katanya.
Muhammad Sanusi berkata, pihaknya akan meneroka prospek pelaburan daripada pelbagai negara dan bukan hanya bergantung kepada China.
Pada Mei lalu, kerajaan Perikatan Nasional (PN) Kedah menegaskan akan meneruskan projek-projek ikonik ditinggalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di negeri itu seperti KXP, Kedah Rubber City serta beberapa projek lain.
Tiga lagi projek ikonik yang dicetuskan Menteri Besar Kedah sebelum ini, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ialah Kedah Science and Technology Park (KSTP), Bandaraya Aero Kedah (Kedah Aerocity) serta Lebuhraya Sungai Petani-Kedah Inner Expressway (SPIKE).
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam