Tak senang duduk, individu kritik Bomba mohon maaf

Iklan
WhatsApp Image 2019-01-22 at 5.52.17 PM

GEORGETOWN -Tidak tahan dikritik netizen selepas mengeluarkan kata-kata kurang sopan, seorang pengguna laman Facebook kemudiannya bertindak memohon maaf atas perilakunya itu.

Memetik laporan sebuah portal media tempatan, Chuah Chun Howe membuat permohonan maaf dengan pergi ke Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Georgetown.

Iklan
Iklan

Chun Howe amat kesal kerana memuat naik kata-kata sedemikian kepada pihak Bomba.

"Saya amat kesal dengan percakapan melulu semalam mengenai ahli bomba Malaysia,

Iklan

"Saya telah mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf kepada pihak bomba Jalan Perak dan telah dimaafkan oleh Tuan Ismail," katanya dalam satu kenyataan.

Memetik kenyataan yang tular itu, Chun Howe turut berjanji untuk tidak mengeluarkan perkataan sedemikian rupa lagi.

Iklan

"Saya berjanji tidak akan bercakap yang tidak baik lagi mengenai anggota beruniform Malaysia.

"Tuan Ismail sendiri menjelaskan banyak perkara mengenai kes ini dan juga kes kes lain, serta apa yang perlu dilalui oleh anggota bomba.

"Saya harap semua orang tidak akan buat komen negatif terhadap ahli beruniform macam saya, jika tidak tahu apa yang dilalui oleh mereka," katanya.

Dalam komen itu, Chun Howe turut menyatakan permohonan maaf dan menyesali perbuatannya itu.

"Sekali lagi saya ikhlas memohon maaf kepada semua warga beruniform di seluruh Malaysia," katanya.

Semalam tular apabila Chun Howe mempertikaikan tugasan bomba dengan mengatakan 'bomba tidur' ketika operasi mencari kenderaan yang terhumban ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang.

Ekoran itu, netizen bertindak mengecam Chun Howe dengan mengatakan dia tidak faham tugas seorang bomba.