Menang enam PRK berturut-turut suntik semangat pejuang parti

Iklan
Asyraf Wajdi Dusuki

SHAH ALAM - Pemuda UMNO berharap kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini menyuntik semangat pejuang parti untuk terus bangkit kembali memperjuangkan agenda rakyat dengan penuh ikhlas dan kerendahan diri.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kemenangan buat kali keenam berturut-turut dalam PRK itu memateri padu kerjasama Muafakat Nasional yang sedia terjalin untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, BN menang besar dengan majoriti 12,650 undi. Lebih dua kali ganda berbanding PRU14 terdahulu.

"Terima kasih kepada semua pengundi-pengundi Chini yang terus memperakui BN sebagai parti yang membela nasib mereka.

Iklan

"Terima kasih kepada seluruh jentera BN dan rakan kami Muafakat Nasional, Pas atas kerja kuat selama lebih dua minggu bagi memujuk dan melakukan yang terbaik meyakinkan rakyat DUN Chini bagi memenangkan calon orang muda, Mohd Sharim Md Zain," katanya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau hari ini.

Keputusan PRK Chini yang diumumkan malam ini menepati ramalan apabila BN berjaya mempertahankan kerusi itu dengan kemenangan besar.

Iklan

Mohd Sharim menang selesa dengan majoriti 12,650 undi apabila memperoleh 13,872 undi, manakala dua pencabarnya dari Bebas, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli masing-masing hilang wang deposit.