KEPALA BATAS - Malaysia tidak akan menjadi regresif dan mundur hanya kerana tidak menandatangani Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Bantahan untuk tidak meratifikasikan itu juga tidak bererti negara akan melakukan diskriminasi kepada bukan Melayu kerana perlembagaan yang sedia ada telah memberi jaminan yang selengkapnya.
Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, ICERD adalah konvensyen antarabangsa yang memberi implikasi kepada perkara atau soal yang dianggap elemen kepada perlembagaan.
"Ia memberi kegusaran kepada Islam kepada bangsa Melayu terutamanya perkara dijamin perlembagaan yang menjadi asas dan pasak kepada penubuhan negara sejak kita merdeka dahulu.
"Ini termasuk dan terangkum dalam sosial kontrak yang memang menjadi kerangka kuat kepada negara yang kita sudah nikmati kemerdekaan sejak dahulu,” katanya selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul peringkat Parlimen Kepala Batas di Masjid Jamiul Badawi di sini, hari ini.
Menurutnya, ICERD juga dilihat sebagai kemungkinan berlaku perubahan besar dalam perlembagaan.
"Tentu sekali ia dilihat tidak membawa manfaat kepada negara, sebab itu kita katakan bagaimana sekalipun kita kena letakkan kepentingan rakyat kita, negara kita sebagai keutamaan.
"Pemahaman bahawa pembentukan negara ini yang membawa nikmat dirasai semua kaum di negara ini adalah acuan terbaik untuk negara. Jadi tidak perlu satu bentuk konvensyen di peringkat antarabangsa untuk merubah bentuk acuan yang kita ada selama ini,” katanya.
Reezal Merican berkata, langkah kerajaan untuk tidak meratifikasi ICERD adalah keputusan yang dialu-alukan.
"Akhirnya kerajaan mendengar rintihan dan kehendak yang dilaungkan rakyat. Kita berharap kerajaan akan sentiasa peka terhadap apa jua konvensyen antarabangsa hendak ditandatangani.
"Dalam masa sama, aspek menjadi kekuatan kepada pembentukan negara melalui kerangka perlembagaan perlu sentiasa dipertahankan,” katanya.