21 ditahan dalam Op Wild Party

Iklan
Antara individu yang ditahan dalam Op Wild Party di sebuah kondominium Jalan Klang Lama di sini semalam.

KUALA LUMPUR - Polis menahan 21 individu termasuk 11 wanita dalam Op Wild Party di sebuah kondominium di Jalan Klang Lama di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zanuddin @ Hilmi berkata, kesemua individu berusia dalam lingkungan 20 hingga 39 tahun itu ditahan pada jam 1.30 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, 10 daripada individu yang ditahan adalah warga asing dari pelbagai negara.

"Salah seorang individu yang ditahan juga merupakan penganjur parti liar tersebut.

Iklan

"Hasil siasatan mendapati rumah tersebut disewa secara percuma kepada penganjur oleh seorang lelaki warga Jerman yang dikenali sebagai Walgun Bloss melalui sebuah laman sesawang,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Zairulnizam berkata, dalam serbuan itu polis merampas dadah jenis methamphetamine seberat 0.5 gram.

Iklan

"Bekalan dadah itu diperoleh daripada seorang lelaki tempaan yang dikenali sebagai Gordon.

"Peserta parti liar itu dipercayai dijemput melalui aplikasi WhatsApp dan tiada sebarang bayaran dikenakan,” katanya.

Beliau berkata, hasil ujian saringan awal air kencing, polis mendapati sembilan suspek positif dadah.

"Mereka direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

"Kesemua suspek turut dikenakan kompaun RM1,000 atas kesalahan mengingkari Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya.