Lelaki melecur teruk meninggal dunia

Iklan
Keadaan ruang tamu rumah mangsa yang terbakar dalam kejadian petang semalam.

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki maut akibat melecur hampir keseluruhan badan dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah di Kampung Pulau Pisang, Machang Bubok petang semalam.

Mangsa, Razmie Abdul Razak, 26, meninggal dunia jam 9.50 pagi tadi ketika dirawat di Hospital Bukit Mertajam.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, abang mangsa, Ramizie Abdul Razak, 34, turut melecur di badan manakala adiknya, Razimie Abdul Razak, 6, cedera di telinga kiri.

Menurutnya, dalam kejadian jam 1 petang itu, ketiga-tiga beradik berkenaan berada di ruang tamu rumah teres dua tingkat itu manakala ibu mereka sedang memasak di dapur.

Iklan

"Kebakaran dipercayai bermula di ruang tamu. Siasatan awal anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapati beberapa barangan di ruang tamu rumah berkenaan terbakar termasuk sebuah kerusi dan sofa.

"Punca kejadian masih disiasat," katanya ketika dihubungi tadi.

Iklan