Kedai perabot musnah terbakar

Iklan
Anggota bomba bertungkus-lumus mengawal kebakaran melibatkan sebuah kedai perabot di Jalan Beserah di sini tengah malam tadi.

KUANTAN - Sebuah kedai perabot di Jalan Beserah di sini musnah dalam kejadian kebakaran di sini tengah malam tadi.

Kejadian jam 12.20 tengah malam itu tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Iklan
Iklan

Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, seramai 37 anggota termasuk sembilan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan dan Indera Mahkota dikerah ke lokasi untuk operasi memadam kebakaran.

Menurutnya, operasi pemadaman menggunakan tiga jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera water tanker.

Iklan

"Operasi pemadaman mengambil masa hampir satu jam sebelum api berjaya dikawal.

"Anggaran kemusnahan hampir 80 peratus. Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Iklan