PN sudah sedia sekiranya pilihan raya mengejut

Iklan
Mohamed Azmin - Foto Bernama

SHAH ALAM - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersedia untuk menghadapi pilihan raya sekiranya ia diadakan secara mengejut pada bila-bila masa.

Memetik laporan Malaysiakini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ini kerana kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu telah mempunyai kriteria yang mencukupi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia dibuktikan dengan kejayaan menangani krisis kesihatan awam, politik dan ekonomi.

"Kami tidak menghancurkan negara. Kerajaan akan menjaga kebajikan semua rakyat dan kita akan terus menarik pelaburan langsung asing untuk memastikan kemakmuran negara," katanya ketika menghadiri makan malam di Johor Bahru semalam seperti dipetik Sin Chew Daily.

Iklan

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, pentadbiran Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan gagal menyelesaikan pelbagai isu yang dihadapi rakyat, yang menurutnya kini cuba diperbetulkan PN.

Katanya, meskipun Malaysia terjejas teruk akibat kemerosotan ekonomi ekoran wabak koronavirus (Covid-19) namun keadaan dalam negara telah bertambah baik selepas pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan kerajaan.

Iklan

Terdahulu, akhbar The Straits Times Singapura melaporkan Muhyiddin sedang bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya mengejut dalam masa terdekat.