WASHINGTON - Penyanyi rap dan komposer terkenal, Kanye West hari ini mengumumkan akan mencabar Donald Trump untuk bertanding jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) tahun ini.
"Kita perlu merealisasikan janji Amerika dengan mempercayai Tuhan, menyatukan visi dan membina masa depan.
Iklan
Iklan
"Saya akan bertanding untuk jawatan Presiden Amerika Syarikat! #2020VISION,” katanya menerusi Twitter.
Suami kepada selebriti Kim Kardashian itu bagaimanapun tidak memberikan keterangan lanjut mengenai pengumuman tersebut, kira-kira empat bulan sebelum pemilihan pada 3 November ini.
Tarikh akhir menjadi calon bebas belum tamat di kebanyakan negeri.
West, 43, sebelum ini lantang menyuarakan sokongannya terhadap Trump dan pernah bertemu di Pejabat Oval pada 2018. - AFP