PUNE - Seorang lelaki di India sanggup menghabiskan AS$40,000 (RM171,500) untuk topeng muka khas bagi melindunginya daripada koronavirus (Covid-19).
Menurut ahli perniagaan, Shankar Kurhada, 49, dari bandar Pune, topeng bersalut 60 gram emas itu mengambil masa selama lapan hari untuk dihasilkan.