Mayat mangsa langgar lari ditemukan

Iklan
Mayat mangsa dipercayai langgar lari ditemui di tepi jalan di lokasi (foto: ihsan pembaca)

SETIU - Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa langgar lari ditemukan di Kilometer 57 Penarik Rhu 10, Penarik, di sini, kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, mangsa dikenali Jamaluddin Yusof, 39, dipercayai dilanggar dari arah belakang selepas motosikal yang ditunggangnya mengalami kerosakan.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal Honda Ex-5 dari Penarik, di sini menghala ke Kuala Terengganu berseorangan sebelum terbabas ke kanan jalan akibat dilanggar dari belakang.

"Mangsa yang beralamat di belakang Sekolah Pagar Besi Batu Rakit, Kuala Nerus yang juga seorang nelayan itu disyaki meninggal dunia di lokasi sebelum ditemui orang awam beberapa jam kemudian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Iklan

Afandi berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Setiu untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Kita harap saksi kejadian dapat tampil membuat laporan di balai polis berhampiran," katanya.

Iklan