MARDI bantu usahawan komersial produk

Iklan
Norasmah Abd Ghani

ALOR GAJAH - Teknologi pemprosesan produk berasaskan minyak pati yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) Kuala Linggi di sini memberi peluang kepada usahawan tempatan mengkomersialkan produk masing-masing.

Peserta inkubator MARDI Kuala Linggi, Norasmah Abd Ghani, 57, berkata, minat yang mendalam terhadap herba mendorongnya menjadi peserta Inkubator MARDI.

Iklan
Iklan

"Saya menghasilkan produk berasaskan minyak pati dalam bentuk sabun, gel mandian, syampu dan penyembur yang diperbuat daripada minyak serai.

"Sudah lapan tahun saya menghasilkan produk bersama teknologi MARDI. Sambutannya menggalakkan berikutan terdapat pelbagai khasiat yang ada dalam setiap produk yang dihasilkan,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Iklan

Pemilik Syarikat Janji Jitu Sdn Bhd itu turut gembira kerana diberi peluang untuk mengkomersialkan produknya.

"Besar harapan saya supaya produk ini terus berkembang dan dengan adanya teknologi daripada MARDI sekali gus ia dapat memasarkan produk saya sehingga pasaran luar,” katanya yang turut dibantu oleh anaknya, Muhammad Danial Ibrahim, 25.

Iklan
Potensi besar industri minyak pati