Peluang mohon dana atas talian

Iklan
Hasnul Zulkarnain (tiga, kanan) pada program berkenaan.

IPOH – Orang ramai khususnya golongan usahawan boleh memohon dana daripada kerajaan negeri menerusi sistem atas talian yang dijangka mula beroperasi Mac depan.

Exco Komunikasi, Multimedia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata, kerja-kerja bagi membentuk platform digital berkenaan sedang giat dilaksanakan oleh unit penerangan kerajaan negeri dan KPerak.

Iklan
Iklan

Justeru menurutnya, sebarang perkembangan mengenai platform digital berkenaan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

"Kali ini, kita nak perkenalkan sistem atas talian untuk usahawan memohon dana. Sebelum ini dengan cara hard copy (bertulis).

Iklan

"Secara keseluruhannya, sistem atas talian ini akan lebih memudahkan untuk kita memantau dan seterusnya mengumumkan kelulusan dana berkenaan,” katanya.

Hasnul Zulkarnain berkata demikian pada sidang media sempena program Perdasama dan Unifi Networking Hi Tea di MH Hotel Sungai Siput, hari ini.

Iklan

Hadir sama, Yang Dipertua Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Perak, Suhaida Mohd Hashim.

Difahamkan, program berkenaan dianjurkan sempena Pertandingan Kenali Unifi dan Keluarga Perdasama Perak 2018.

Sementara itu Hasnul Zulkarnain berkata, kerajaan negeri memperuntukkan dana berjumlah RM3 juta daripada peruntukan RM20 juta daripada Kerajaan Pusat kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan keusahawanan.

Katanya, dana berkenaan dilihat lebih kepada NGO yang berdaftar dan berteraskan keusahawanan di negeri ini.

"Dana ini boleh dimohon mulai Februari. Dengan peruntukan yang disalurkan ini, ia akan membantu merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi atau peluang pekerjaan,” katanya.