PUTRAJAYA- Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya memaklumkan, lantikan tersebut bagi menggantikan Datuk Eddin Syazlee Shith yang mengambil alih portfolio Timbalan Menteri Kerja Raya.
Iklan
Iklan
"Ia susulan peletakan jawatan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh 4 Jun lalu," katanya.
Menurutnya, perlantikan Shabudin diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras dengan Fasal (1) Perkara 43A Pelembagaan Persekutuan.
"Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Shabudin di hadapan Yang di-Pertuan Agong diadakan pada hari ini," katanya.