Guru terkunci dalam taska

Iklan
Anggota bomba membuka mangga bagi membantu seorang guru yang terperangkap dalam taska di Bandar Seri Alam semalam.- Foto Bomba

PASIR GUDANG - Seorang guru wanita di sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di Jalan Bandar Seri Alam terpaksa menghubungi anggota bomba selepas terperangkap di premis itu hari ini.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan II Sharol Suboh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.19 pagi sebelum tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

"Guru berkenaan hadir bagi membuat persiapan sebelum kelas bermula dan mengunci pintu sebelum ketibaan kanak-kanak.

"Apabila kanak-kanak sampai dan ingin membuka mangga pintu, mangsa tidak berjaya membukanya kerana mangga pintu rosak.

Iklan

"Beliau terus menghubungi bomba untuk meminta bantuan," katanya melalui kenyataan semalam.

Katanya, bomba mengambil masa lima minit untuk membuka mangga pintu dengan menggunakan peralatan khas dan operasi tamat kira-kira jam 7.45 pagi.

Iklan