Ahli Parlimen UMNO diarah pertahan kerajaan PN

Iklan
Ahmad Zahid (Kenyataan dikeluarkan UMNO hari ini.)

SHAH ALAM - Pemimpin tertinggi UMNO hari ini mengeluarkan arahan kepada ahli-ahli Parlimennya dan Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada terus diganggu-gugat pembangkang.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO ketika ini memberi keutamaan kepada Sidang Dewan Rakyat yang akan bermula pada 13 Julai ini.

Iklan
Iklan

"UMNO sedar terdapat usaha giat dilakukan untuk menggugat kedudukan Perdana Menteri oleh pihak-pihak yang mahu merebut jawatan berkenaan.

"Fokus UMNO ketika ini adalah untuk memastikan isu berkaitan kebajikan dan kepentingan rakyat yang semakin tertekan dalam menghadapi bebanan hidup pasca Covid-19,” katanya dalam kenyataan parti itu hari ini.

Iklan

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, semua menteri dan timbalan menteri BN diminta mengambil tindakan menerusi kementerian masing-masing dalam usaha memulihkan ekonomi dan menjana peluang pekerjaan terutamanya golongan yang terkesan oleh Covid-19.

"Justeru, UMNO tidak seharusnya terheret sama dalam polemik perbahasan mengenai calon perdana menteri malah tumpuan harus diberikan kepada usaha untuk menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat,” katanya.

Iklan