Covid-19: 23 hari tanpa kematian

Iklan
Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Tiada kematian akibat koronavirus (Covid-19) direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selama 23 hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kematian berkaitan wabak itu kekal pada 121 kes.

Iklan
Iklan

"Ia bersamaan dengan 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.

Menurutnya, bagaimanapun terdapat lima kes jangkitan baharu yang telah dilaporkan sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 8,668 kes.

Iklan

"Ingin dimaklumkan daripada lima kes baharu, tiga merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dengan melibatkan dua warganegara Malaysia dan seorang pemastautin tetap. Dua kes penularan di dalam negara melibatkan seorang warga asing di saringan dalam komuniti oleh pejabat kesihatan daerah di Kuala Lumpur.

"Satu kes lagi dikesan di Selangor yang merupakan kontak rapat kepada kes positif Covid-19 iaitu kes ke-8649. Pesakit merupakan ahli keluarga kepada kes ke-8649," kata beliau.

Iklan

Tambah Dr Noor Hisham, sebanyak 71 kes sedang menerima rawatan di hospital.

"Daripada jumlah itu, dua kes yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan, sementara 11 pesakit Covid-19 telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

"Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 8,476 kes iaitu 97.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," kata beliau.