Penemuan tulang manusia: Polis tunggu DNA keluarga
Iklan
Poster yang memaparkan imej wajah wanita yang dilaporkan hilang sejak 2017. (Gambar kecil: Soffian Santong)
GEORGETOWN - Polis mengesyaki penemuan tulang manusia oleh seorang lelaki pada 24 Jun lalu mempunyai hubung kait dengan salah satu kes orang hilang melibatkan warga asing yang dilaporkan tiga tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, hasil bedah siasat mengesahkan bahawa ia tulang manusia.
Iklan
Iklan
Menurutnya, polis sedang menunggu pihak kedutaan Australia menyerahkan sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ahli keluarga mangsa untuk tujuan ujian perbandingan DNA.
"Tujuan perbandingan DNA itu bagi mendapatkan identiti sebenar tulang yang dijumpai," katanya ketika dihubungi tadi
Iklan
Soffian berkata, seorang lelaki berusia 30 tahun menemui selonggok pakaian yang sudah lama ditinggalkan ketika sedang membuat kerja landskap pada jam 4 petang di kawasan hutan tepi Race Course, Jalan Batu Gantung di sini.
"Selepas memeriksanya, terdapat seketul tulang namun tidak pasti sama ada tulang manusia atau haiwan. Dia membawa tulang tersebut lalu membuat laporan polis pada petang keesokan harinya.
Iklan
"Siasatan lanjut mendapati tulang itu mempunyai kaitan dengan salah satu kes orang hilang melibatkan warga asing yang dilaporkan pada 2017," katanya.
Beliau berkata, polis tidak pernah menghentikan siasatan dan semua petunjuk baharu yang diperoleh akan digunakan bagi merungkai misteri kehilangan mangsa.
Terdahulu, seorang wanita warga Australia dilaporkan gagal ditemui sejak keluar dari hotel penginapannya, 13 Disember tahun lalu.
Dalam kejadian jam 3 petang, Jenkins Annapuranee, 65, keluar dari bilik hotel untuk ke klinik gigi di Pulau Tikus.
Dilaporkan, selepas selesai rawatan, wanita itu meminta pekerja klinik memesan perkhidmatan Uber untuk ke rumah kebajikan Little Sister of Poor, Batu Lanchang di Air Itam.
Laporan berkata, ketika dalam perjalanan, wanita itu meminta pemandu Uber memberhentikannya di lampu isyarat di Jalan Scotland.
Bagaimanapun, demi keselamatan, pemandu terbabit memberhentikan kenderaan dalam kawasan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ramakrisha.
Selepas itu mangsa hilang hingga ke hari ini dan suaminya sudah membuat laporan polis.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam