PUTRAJAYA - Rakyat perlu mengambil iktibar terhadap situasi Victoria, Australia yang menutup pintu masuk ke negerinya selepas kes jangkitan Covid-19 kembali meningkat.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, salah satu faktor ialah pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh mereka yang pulang dari luar negara.
Iklan
Iklan
"Kita perlu mengambil iktibar daripada Victoria yang yang menutup 55 laluan di sempadannya dengan New South Wales," katanya.
Menurutnya, di Malaysia tidak mustahil untuk negara mencapai sifar kes dengan syarat semua pihak mematuhi SOP.
"Hanya 71 kes di masih dirawat di hospital dan ini satu petunjuk baik untuk kita," katanya.
Beliau berkata, jumlah itu juga menunjukkan kebolehjangkitan pesakit berkurangan dalam komuniti.
"Kita sedar virus ini sudah berada dalam komuniti tetapi perkara lebih penting ialah mencegah jangkitan dan memutuskan penularan Covid-19. Masyarakat digalakkan terus mematuhi SOP yang ditetapkan KKM," katanya.