Tentera AS tunjuk kuat di Laut China Selatan

Iklan
China menuntut hampir semua Laut China Selatan sehingga menimbulkan ketegangan dengan jiran-jirannya, - Foto AFP

KETIKA hubungan antara China dengan Amerika Syarikat (AS) semakin meruncing berhubung sejumlah topik termasuk perdagangan, pandemik Covid-19, Taiwan dan Hong Kong, AS bertindak menempatkan dua kapal pengangkut pesawat ke Laut China Selatan untuk melakukan latihan ketenteraan dalam skala terbesar di wilayah tersebut sejak bertahun-tahun lamanya, lapor Global Times pada 5 Julai lalu.

Namun, ia kebetulan berlaku ketika latihan ketenteraan China diadakan pada waktu dan masa yang sama.

Iklan
Iklan

Dua kapal pengangkut pesawat itu tidak memberi tamparan hebat kepada China tetapi ia bersifat tidak lebih hanya untuk menunjukkan kekuatan kerana wilayah tersebut kini berada dalam gengaman Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) milik China.

Tentera PLA itu mampu menghasilkan senjata dan memusnahkan kapal pengangkut pesawat.

Iklan

Namun, latihan tersebut adalah sebagai satu petunjukkan kerana AS kalah dalam kawalan terhadap pandemik koronaviris (Covid-19) di negaranya.

Menurut portal tersebut, AS juga mengetahui, ia hilang 'pengaruh' terhadap Hong Kong berhubung undang-undang keselamatan menyebabkan Washington menukar fokus terhadap Laut China Selatan dan Taiwan, kata beberapa penganalisis pada Ahad lalu.

Iklan

PLA ketika ini yang mengendalikan latihan ketenteraan dan baru-baru ini pula menguji sebuah peluruh berpandu baru di Laut Bohai selain bersedia mempertahankan tindakan yang agresif, kata laporan tersebut.

Sementara itu, kapal pengangkut USS Ronald Reagan dan USS Nimitz mengadakan latihan ketenteraan berskala besar-besaran di Laut China Selatan bersama-sama bermula pada hari Sabtu lalu, lapor portal berita CNN pada 4 Julai lalu.

Menurut laporan Arab News pada 6 Julai lalu, pihak tentera laut tidak menyatakan dengan tepat tentang lokasi latihan ketenetraan tersebut di Laut China Selatan.

Sebanyak 90 peratus laut itu didakwa China sebagai miliknya walaupun negara-negara jirannya membuat bantahan.

"Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk memberi petunjuk kepada rakan-rakan dan sekutu kami bahawa kami komited dengan kestabilan dan keselamatan wilayah serantau, Kata Laksamana Muda George M. Wikoff seperti yang dilaporkan Wall Street Journal.

Wikoff ialah komander kumpulan serangan itu yang mengetuai USS Ronald Reagan berkata, latihan ketenteraan itu bukannya tindak balas terhadap latihan ketenteraan yang dilakukan oleh China seperti dikritik oleh Jabatan Pertahanan AS (Pentagon) sebagai satu tindak balas produktif untuk mengurangkan ketegangan dan mengekalkan kestabilan.

Sejak arbitrari Laut China Selatan diadakan pada tahun 2016, AS tidak pernah mengadakan operasi bersama melibatkan dua kapal pengangkut pesawat dekat Laut China Selatan.

Gambar fail menunjukkan kapal pengangkut pesawat USS Carl Vinsdon di Laut China Selatan - Foto AFP

Menurut Zhengzhijian iaitu laman sembang awam yang dikendalikan oleh Beijing Youth Daily, kali terakhir kedua-dua kapal pengangkut pesawat mengadakan latihan ketenteraan di Laut China Selatan ialah pada tahun 2014.

Song Zhongping iaitu pakar ketenteraan China dan pengulas televisyen memberitahu Global Times pada Ahad lalu bahawa langkah AS yang bertujuan untuk meningkatkan kehadiran ketenteraan di Pasifik Barat itu adalah untuk menunjukkan hegemoninya di rantau tersebut tidak terjejas sekali gus meningkatkan keyakinan sekuru-sekutu serantaunya.

Dia berkata, AS cuba untuk menghalang pergerakan tentera PLA di Laut China Selatan dan persoalan berhubung dengan isu Taiwan.

Seorang pakar tentera laut yang berpangkalan di Beijing, Li Jie memberitahu Global Times pada 5 Julai lalu bahawa Amerika Syarikat (AS) yang menghantar dua kapal pengangkut pesawat untuk menjalani latihan ketenteraan di Laut China Selatan bertujuan untuk menunjukkan kekuatan ketenteraannya adalah yang paling kuat di dunia.

Kekuatan itu dipamerkan ketika dunia berdepan dengan pandemik Covid-19 manakala tiada ada pun sebuah kapal pengangkut pesawat AS yang digunakan di wilayah Asia Pasifik untuk selama lebih dua bulan sebelum ini.

Baru-baru ini China mengumumkan ia menetapkan latihan ketenteraan selama lima hari bermula pada 1 Julai lalu dekat Kepulauan Paracel yang turut dituntut oleh Vietnam.

Vietnam dan Filipna juga mengkritik latihan ketenteraan tersebut dengan memberi amaran ia akan mewujudkan ketegangan di rantau tersebut dan memberi kesan terhadap perhubungan Beijing dengan negara-negara jirannya.

AS pula menuduh China cuba untuk menakut-nakut jiran-jiran Asia dan mahu mengeksloitasi simpanan minyak dan gasnya.

Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam turut membuat tuntutan terhadap wilayah di Laut China Selatan itu.

Dalam pada itu, CNN pada Jumaat lalu melaporkan, Kementerian Luar China menggambarkan latihan ketenteraannya di Laut China Selatan diadakan dalam wilayah negaranya.

Beijing sebelum ini mendakwa hampir semua daripada 3.36 juta kilometer persegi Laut China Selatan adalah miliknya dan telah membina kemudahan tentera di beberapa kawasan tanah sejak beberapa tahun lalu di laut tersebut.

Kemudahan tentera itu termasuk pelancar antipeluru berpandu di sebuah pulau di Laut China Selatan dibuat selepas Presiden negara itu, Xi Jinping berjanji kepada Presiden AS ketika itu Barack Obama pada tahun 2015 bahawa pulau-pulau di laut tersebut tidak akan dijadikan kawasan ketenteraan.

Kepulauan Paracel menjadi pertikaian tuntutan antara China, Taiwan dan Vietnam. - Foto AFP

Sebelum ini, AS pernah menerbangkan pesawat pengebom tenteranya dan mengadakan operasi tentera laut dengan rakan-rakannya seperti Jepun dan Singapura di laut berkenaan.

Seorang penganalisis AS, Carl Schuster yang juga bekas pengarah bersama Pusat Pemenerintah Perisikan Bersama berkata, latihan dua kapal pengangkut pesawat itu menunjukkan buat masa kini hanya AS sahaja yang memilikinya.

China hanya mempunyai sebuah kapal pengangkut pesawat yang beroperasi sepenuhnya.

Sebuah lagu kapal pengangkut pesawat China dijangka digunakan bulan depan.

Namun, kedua-dua kapal pengngkut pesawat itu tidak mempunyai saiz dan kemampuan membawa banyak jet seperti dua buah kapal pengangkut pesawat AS.

Dua kapal pengangkut pesawat AS itu bersama sebuah lagi kapal pengangkut pesawat, USS Theodore Roosevel baru menamatkan operasi ketenteraan di Laut Filipina yang terletak berdekatan dengan Laut China Selatan.

"Perbezaan demonstrasi kuasa tempur antara tentera laut PLA dengan tentera laut AS akan kelihatan. Ia menghantar petunjuk ketenteraan dan geopolitik kepada china dan rantau tersebut," kata Schuster.

Menambah lagi kerumitan itu apabila AS memperluaskan lagi kuasanya dalam latihan ketenteraan dengan pesawat B-52 yang terbang dari kapal pengangkut pesawat tersebut.

Pesawat B-52 itu terbang tanpa henti dari pangkalannya di Louisiana untuk menyertai latihan ketenteraan tersebut sekali gus menunjukkan kemampuan Tentera Udara AS memindahkan aset-asetnya ke dunia yang bergolak dengan segera. - Agensi