JOHOR BAHRU - Seekor ular sawa seberat 30 kilogram yang datang ke sebuah kafe di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat negeri Johor di Jalan Kangkar Tebrau, ditangkap kelmarin.
Ular sepanjang 2.5 meter itu disedari berada di kawasan kafe oleh pekerja landskap kira-kira jam 6.20 pagi, kemudian bertindak memaklumkan penemuan reptilia itu kepada anggota bomba.