Bank Islam sedia bantu pelanggan terjejas Covid-19

Iklan
Bank Islam menyediakan pelbagai penyelesaian untuk membantu pelanggannya yang terjejas akibat Covid-19.

BANK Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menasihatkan pelanggannya yang terjejas akibat koronavirus (Covid-19) supaya menghubungi pihaknya bagi mengatur penyelesaian terbaik memandangkan tempoh moratorium selama enam bulan dijadualkan tamat pada September ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, pihaknya peka dengan keperluan pelanggan dan secara proaktif telah menyediakan pelbagai penyelesaian untuk membantu mereka mengatasi keadaan ekonomi yang tidak menentu ini.

Iklan
Iklan

"Pelan strategik telah dirangka dan pelanggan hanya perlu datang untuk berbincang dengan kami. Mereka dinasihatkan hadir ke cawangan Bank Islam berdekatan atau hubungi Pusat Panggilan Bank Islam,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Beliau berkata, Covid-19 membawa cabaran yang tidak diduga dan kesukaran dialami semua pihak adalah berbeza.

Iklan

Justeru, bank telah memberikan moratorium selama enam bulan dan pelanggan akan membayar jumlah ansuran yang sama selepas tempoh tersebut.

Jelasnya, sebanyak 394,000 pelanggan daripada segenap segmen telah diberikan kemudahan berkenaan.

Iklan