Mohd Aizad ganti Syed Saddiq sebagai Ketua Armada

Iklan
Gambar dari kiri: Mohd Aizad Roslan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

SHAH ALAM - Naib Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Mohd Aizad Roslan kini menerajui sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) susulan pengguguran keahlian Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 28 Mei lalu.

Perkara itu diumumkan menerusi satu kenyataan Armada hari ini.

Iklan
Iklan

Armada dalam kenyataan itu turut memaklumkan berlaku dua lagi rombakan iaitu melibatkan jawatan ketua penerangan dan penolong bendahari parti.

Menurutnya, rombakan itu dibuat demi pengukuhan Armada dalam Bersatu.

Iklan

"Mengikut perlembagaan Bersatu, Ketua Armada kini dipangku Mohd Aizad.

"Penolong bendahari, Rafiq Hakim Razali akan digantikan dengan Fairuz Renddan manakala Ketua Penerangan Ulya Aqamah Husamuddin digantikan dengan Izhar Shah Ariff Shah," kata kenyataan itu.

Iklan

Pada masa sama Armada turut menyatakan penghargaan kepada Syed Saddiq yang menerajui Armada sebelum ini.