Global Beauty Concept anjur bengkel kecantikan

Iklan
Rozieta (duduk di kanan) bersama dua anaknya, Nor Syazwan Azizi Norhazani (berdiri) dan Nor Syazwin Aireena Norhazani menunjukkan produk Giena & Co Beauty Palace Muslimah Spa di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

GLOBAL Beauty Concept mengajak orang ramai menyertai bengkel kecantikan yang dianjurkan iaitu Beauty Business Workshop pada 12 Julai ini di Aras 9, Menara Summit, USJ 1, Subang Jaya, Selangor.

Pengasasnya, Rozieta Ghazali berkata, bengkel yang bermula dari jam 9 pagi hingga 3 petang itu bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang kecantikan.

Iklan
Iklan

"Kami mengenakan bayaran serendah RM100 sahaja kepada peserta dan mereka akan diberikan panduan perniagaan melalui teori serta praktikal untuk menjadi usahawan dalam bidang kecantikan.

"Mereka juga akan didedahkan cara untuk membina perniagaan dalam bidang kecantikan sebagai eksekutif spa bergerak atau ejen Giena & Co yang mampu menjana pendapatan sehingga lima angka sebulan,” katanya kepada Bisnes Sinar.

Iklan

Menurutnya, peserta juga akan didedahkan dengan kursus pemasaran bagi membantu mereka memasarkan dan melariskan produk serta menarik pelanggan.

"Bidang kecantikan penting bagi mereka yang mengambil berat terhadap kecantikan dan penampilan diri.

Iklan

"Justeru, peluang harus diambil kerana industri ini mampu menjana pendapatan lumayan kepada mereka yang sentiasa berusaha dan mempunyai minat dalam bidang kecantikan,” katanya.

Rozieta berkata, beliau menyasarkan seramai 50 peserta akan mengambil bahagian dalam bengkel berkenaan dan setakat ini seramai 20 peserta telah mendaftarkan diri.

"Mereka yang mahu menambah pendapatan, terutamanya suri rumah, ibu tunggal, golongan hilang pekerjaan akibat koronavirus (Covid-19) dan graduan dipelawa untuk bersama kami.

"Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, mereka harus merebut peluang ditawarkan kerana bidang kecantikan mempunyai potensi yang cerah,” katanya.

Katanya, beliau yakin bengkel dianjurkan itu mampu meningkatkan keyakinan peserta yang menceburi perniagaan kecantikan, sekali gus memperbaiki taraf ekonomi mereka.

"Mereka yang berminat menyertai bengkel ini boleh menghubungi kami di talian 017-274 6880.

"Peserta hanya perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM50 manakala selebihnya dilunaskan pada hari penganjuran bengkel ini,” katanya.

Tambahnya, mereka yang menyertai bengkel akan menerima hadiah menarik dan pelbagai ganjaran lain.

Rozieta merupakan seorang usahawan berjaya yang menceburi perniagaan kecantikan sejak 23 tahun lalu dengan hanya bermula dari rumah.

Beliau memiliki sebuah spa iaitu Beauty Palace Muslimah Spa dan produk kecantikan sendiri, Giena & Co yang mempunyai 18 rangkaian produk.