Chelsea cadang jual enam pemain

Iklan
Frank Lampard

Pengendali Chelsea, Frank Lampard dilapor telah meletakkan sekurang-kurangnya enam pemain skuad The Blues itu untuk dijual bagi mencari dana untuk membawa masuk pemain muda Bayer Leverkusen, Kai Havertz ke Stamford Bridge.

Lampard berkata, pemain berusia 21 tahun sememangnya menjadi sasarannya pada jendela perpindahan musim panas nanti dalam usahanya memperkuatkan pasukan bagi mengharungi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Iklan
Iklan

"Kami dimaklumkan oleh pengendali Leverkusen, Peter Bosz, pemain berkenaan (Havertz) akan mula dijual sebelum Ogos ini. Kai juga dikatakan mahu segera meninggalkan kelabnya (Leverkusen) pada musim panas akan datang.

"Jadi dia kini difahamkan sedang berbincang dengan pihak pengurusan Leverkusen berhubung perkara berkenaan bagi memastikan dia dapat beraksi dalam saingan EPL nanti," katanya.

Iklan

Bagi mendapatkan Havertz, Chelsea berkemungkinan perlu melepaskan pemain seperti Michy Batshuayi, Marcos Alonso, Danny Drinkwater, Tiemoue Bakayoko dan Kenedy manakala Emerson Palmieri dikatakan mahu menyertai Inter Milan.

"Jika semuanya menepati kehendak kami, dia (Havertz) bakal menyertai kami tidak lama lagi. Secara peribadi, saya berharap dia dapat bersama kami, tetapi sudah tentu kami tidak boleh memaksa," ujarnya.

Iklan

Sebelum ini, Chelsea sah membawa masuk dua pemain baharu iaitu Hakim Ziyech dan Timo Werner, sekali gus memperlihatkan Lampard benar-benar mahu memperkukuh cabaran The Blues musim depan.