Tanam balak, buluh di kawasan ceroboh

Iklan
Nurfazliza (dua dari kiri) menanam buluh pada program menanam buluh di kawasan ceroboh rizab Tasik Chini.

PEKAN - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) mengambil inisiatif menanam sebanyak 800 balak pelbagai spesies dan buluh di atas tanah rizab Tasik Chini seluas 0.4 hektar yang diceroboh sehingga menyebabkan hakisan di kawasan hutan itu.

Penolong Pengarah Silvikultur (Zon Pahang Timur I) JPNP, Nurfazliza Kamarulbahrin berkata, penanaman itu bertujuan mengindahkan semula kawasan Tasik Chini yang menjadi produk pelancongan utama di daerah itu.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, antara spesies balak berkenaan ialah merawan, bintangor, penarahan dan mersawa dan diharap dapat membentuk kawasan hutan baharu dalam tempoh tiga hingga lima tahun dengan pelbagai tumbuhan lain.

"Usaha ini dapat mengindahkan persekitaran Tasik Chini dan memastikan khazanah alam semula jadi dapat dikekalkan.

Iklan

"Pelancong yang datang ke tasik berkenaan boleh singgah dan melihat hutan buluh dan pokok balak yang menarik," katanya selepas menyertai program penanaman pokok itu hari ini.

Program penanaman dilakukan secara gotong-royong membabitkan lebih 60 kakitangan Jabatan JPNP dibantu syarikat perlombongan yang beroperasi di kawasan terbabit.

Iklan