KUALA LUMPUR - Pengusaha tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) akan menerima geran secara one-off (sekali bayar) sebanyak RM5,000 menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi (Penjana) sebagai inisiatif meringankan beban operasi pengusaha tadika.
KPM dalam kenyataannya berkata, pengusaha tadika yang tidak berdaftar dengan KPM pula akan menerima geran sekali bayar sebanyak RM3,000 bagi pendaftaran tadika sebelum 31 Oktober tahun ini.
Iklan
Iklan
"Kementerian Kewangan telah bersetuju meluluskan pemberian geran secara one-off melalui Penjana.
"KPM yakin geran yang disediakan kerajaan akan dapat membantu pengusaha tadika swasta meneruskan agenda pendidikan prasekolah serta menggalakkan tadika swasta untuk berdaftar dengan KPM sebelum 31 Oktober ini,” demikian menurut kenyataan itu.
KPM telah membenarkan pembukaan semula tadika swasta bermula 1 Julai lalu bagi mengisi keperluan pendidikan prasekolah di negara ini.- Bernama