PH ada hak tak bubar DUN, kata Annuar

Iklan
Annuar meninjau kerja pengindahan di kawasan River of Life (ROL) sekitar Masjid India.

KUALA LUMPUR - Keputusan Pakatan Harapan (PH) untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pentadbirannya jika kerajaan Persekutuan memilih mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 mengejut tidak menyalahi Perlembagaan.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara itu dirujuk dalam Perlembagaan melibatkan peraturan pembubaran peringat DUN dan Dewan Rakyat (Parlimen).

Iklan
Iklan

"Perlembagaan membenarkan dan pendirian PH itu menjadi hak mereka dan hak negeri berkenaan yang tertakluk kepada perkenan sultan di negeri tersebut," katanya ketika ditemui pada program turun padang meninjau kerja pengindahan di kawasan River of Life (ROL) sekitar Masjid India hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan PH berhubung ketetapan tersebut yang dicapai hasil Mesyuarat Majlis Presiden PH semalam.

Iklan

Memetik kenyataan itu, Majlis Presiden PH konsisten dengan pendirian untuk membantu rakyat pasca koronavirus (Covid-19) dan sekiranya berlaku PRU tergempar sebelum tamat tempoh lima tahun kerajaan negeri yang ditadbir PH sewajarnya diteruskan dan tidak dibubarkan.

Annuar berkata, ia bukan satu perkara wajib untuk membubarkan DUN dan Parlimen serentak.

Iklan

"Biasanya sehari dua selepas pembubaran Parlimen, Menteri Besar akan menghadap sultan negeri terlibat memohon DUN dibubarkan.

"(Namun) Kerajaan negeri mempunyai hak untuk tidak membubarkan DUN sekiranya Menteri Besar memilih untuk berbuat demikian. Jika pilih tak bubar itu tidak salah," katanya.